February 26, 2011

24/2/2011

tarikh 24/2/11 yang lepas - birthday bestfriend aku, cik nur aisah Yusof. kenal dia since study dekat poli lagi. semoga dia dimurahkan rezeki dipanjangkan umur serta dipercepatkan jodoh. Amin :) sempena birthday, dia dapat call free, berjam gayut kat talipon. macam boyfriend girlfriend. haha. banyak sangat cerita nak borak. sambil taip entry ni, otak tengah berfikir nak mengingatkan balik macam mana kami boleh jadi kawan baik. tiba2 rasa macam tidak percaya persahabatan ni kekal sampai ke saat ini. mungkin aku rasa kami ni sangat serasi nak cerita tentang apa saja. Really appreciate it! dia juga sangat memahami setiap apa yang aku ceritakan. jalan cerita kami pulak lebih kurang sama. especially cerita tentang siapa yang bertakhta dihati. haha. tetiba rasa macam gedik! :p apa2 pun, best of luck aisah! friendship forever.

love this pic so much! :)

tarikh ni juga mengingatkan aku tentang seorang kawan. genap 2 tahun perkenalan kami. boleh ingat tarikh itu sebab aku yang memulakan dulu perkenalan tu. hihi. macam tak tau malu pulak kan -_- hm lama ke 2 tahun tu? cuma tak sedar masa cepat sangat berlalu. semoga dia berjaya di dunia & akhirat. Amin.

dalam jam 11mlm, housemate jatuh sakit. malam tu jugak bawa dia ke hospital Sultanah Aminah JB. sampai je hospital, rupanya ramai yang emergency tengah malam. macam2 penyakit. dari kanak-kanak ke dewasa. dari muda ke tua. huhu. rasa syukur saat tu merasa diri sihat berada di situ. first time hantar orang sakit, tepinga2 jugak la cari tempat kecemasan. then terus ke kaunter pendaftaran. ohh... sempat cuci mata sekejap. hensem nye mamat yang kat kaunter tu. haha!! gedik! terpikir pulak macam mana la orang2 yang kerja kat hospital di tengah malam. kagum. hmm. untuk aku,rasanya macam tak syok je kerja ikut shift ni. sbb malam adalah time aku tidur. hahaha. Jam dah pukul 12.30pagi. rasanya memang letih juga kalau kena stay hospital jaga orang sakit. ni baru stay sekejap. esoknya kena kerja lagi. housemate suruh balik dulu. lagipn mak dia ada datang temankan. on the way balik, memang drive pecut jek. langgar lampu merah. tetiba kena flash kamera. aiyaaa!! confirm kena saman. aduyai. menyesal pun dah tak guna. tunggu je la surat tiba.



No comments:

Post a Comment