December 29, 2010

::review 2010::








Tajuk entry tak boleh blahh kan :p hihi tak ada ape sangat pn nk cerita. nak flashback balik pun dh tak ingat. masa tulis entry ni ---> rasa happy juga sedih. tak tau perasaan sebenar. tp aku tetap bersyukur dan aku redha . semoga Allah terus lindungi kita dari kesedihan dan dukacita. AMIN.


wohoo, dah penghujung tahun 2010 rupanya. sangat cepat masa berlalu. cuma berharap tahun baru memberikan semangat baru untuk terus maju. yeay! jadi selamat datang pada umur 26, selamat tinggal pada umur 25. ngee. **terima kenyataan, umur dah manyakkk**

apabila umur makin banyak, tentu juga makin pendek hayat hidup. semoga seiringlah urusan dunia dengan urusan akhirat hendaknya.

"Carilah DUNIAMU seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya

dan carilah AKHIRATMU seolah-olah engkau akan mati besok pagi"

-- Hadis Riwayat Ibnu Asahin


apa yang best/happy/suka tahun ni :

* salah satu benda yang aku doa hari2 ---> aku dapat balik seorang kawan yang pernah hilang suatu ketika dulu. syukur sgt! :)

* pengalaman jadi pengapit bestfriend. ngee :p

* naik gaji. haha. tiap2 tahun bukan ke naik gaji?

* birthday tahun ni penuh makna ( last year tgh terluka. haha. ngade! )

* happy dengan semua yg aku ada sekarang. thnks so much 4 being there!

* dapat bestfriend baru, somel namanya ( nama bukan seperti IC :p )

* dah 4 tahun bekerja rupanya.

* Branch dapat low risk 4 audit rating. 2 branches jek oke kat semenanjung ni ( kire bonus jap) hihihi.

* 3 kali dapat incentive 4 project smile. (RM400+ RM200 + RM 200) kayo? tak pn. ngee :p yang penting semangat kerja:)

* 1st time jalan jauh. family day to sarawak. yeay!

* aku rasa aku dh semakin banyak + pandai cakap. haha. syok rasanya! :p

* Dah pandai make up kot. hihihii (statement tak blh blahh)

* dapat beli jam GUESS. hik3. jakun kn (hadiah kan diri sendiri ) hihi

* thn ni jarang kena gastrik. sakit woo kalo kena. hihihi

* MC 1 kali je. ngee. syukur sihat :D


apa yang tak best / sedih /tak suka tahun ni :

* 1st time naik kapal terbang. nk muntah + loya. oke, tak suka.

* berat naik. hihi.

* cuti tahun tak banyak. cepat habis. ngee

* kawan2 ramai dah kawin, tahun ini aku single lagi. hehehe ngade!

* dpt soalan yg sama tiap kali jumpa sedara mara "bila nak kawin?" alamak.. cabut lari cepat! :p

* gara2 anjing, hampir masuk parit.

* melayang RM250 sebab pecah kan no flat kereta vios singapore.

* asal sakit kepala je, telan panadol actifast. isk3.

hehe ok la takat ni. yang lain tak ingat. orang kata, yg sedih ke yg tak best ke toksah la di kenang. hik3. cheers! :)

December 26, 2010

pesan sangPelangi~

sebelum ni menjadi tanda tanya juga. sekarang aku dah ada jawapannya :)

Pesan irfan SangPelangi dalam entri nya : kenapa sangpelangi blog melalui emel?

"Sebetulnya, bukanlah aku tidak mahu berkarya lagi. Cumanya aku mengubah sedikit medium penulisanku. Jika dulu aku menulis di blog, dan pembaca boleh melawat, membaca, dan berlalu pergi. Kali ini, aku menulis di emel pula. Kalian buka inbox, membaca tulisanku yang berbunyi surat. Kemudian, jadi tanggungjawabmu menyebarkan pada teman-temanmu andai bermanfaat buat mereka.

Cita-citaku hanya satu. Bila seruanku berbentuk surat peribadi, aku mengharapkan ia dihargai, dan dipanjang-panjangkan. Mohon disebar-sebarkan dakwah perseorangan (ONE-to-ONE) ini, buat renungan kenalan rapatmu.

Aku kepinginkan tulisanku disebar oleh sesiapa saja, di mana-mana saja (Facebook, emel, blog, surat), dan bila-bila masa saja. Kaedah ini boleh diibaratkan aku menulis di banyak blog dan medium secara serentak. Beginilah dakwah maya caraku yang baharu, gaya SangPelangi, diaplikasi daripada ilmu viral marketing yang kupelajari. Mudah-mudahan, dakwah di dunia realitiku tidak sedikit luntur kukerjakan.

Jadi, buat kalian ahli Sahabat SangPelangi, ini amanahmu. Hanya kamu yang memperoleh peluang meneliti susunan kata-kataku. Maka, jadi amanah buatmu menyebarkannya pada yang lain juga. Itupun andai ia bermanfaat buat mereka. Andai ada salah dan silap dalam penyampaianku, mohon diperingatkan akan diriku tentangnya seberapa segera.

P/s: Syukur, dengan teknik begini, aku diberitakan oleh Sahabat SangPelangi yang lain, bahawa tulisanku telah jauh disampaikan dari seorang individu, ke individu yang lain. Komentar yang kuterima, hanya kau dan aku saja yang bisa membacanya."

___________________________________________

***sekarang baru aku paham. sungguh murni niat sangpelangi***

hi somel. . . . .

kalo ade kertas selit kt wiper kereta,
mcm fobia kn. kompom2 pikir surat saman kot. hahaha.
tp aku parking bawah blok rumah flat, takkan kena saman plak kn.
curious. sape la punye keje kan. jeng3x.

balik kerja petang tu, kelam kabot kejar kan asar.
parking kereta sepah2.
terus naik ke rumah. tergerak nak turun, ssb nak alih
kereta park kat tempat lain. hihihi.


eh3.. ade notes kt wiper. tengok jap sekeliling.

sape plak nak ngurat ni. hahahahhaha! (joke oke)
takkan la org kedai makan tu punye kije.
masih wat2 tak nampak lagi notes tu. trus naik kereta.
tak ambik pun notes tu. hahaha. *MALU org nampak*
eeee...sengal ek. hihihi

then trus run kereta park kt tmpat lain.
tempat yang aku selesa + rase selamat.
turun2 kereta baru la sambar itu notes trus blahh macam tu je. ngee :p

kat notes tu tulis :
"hi somel"

oke, sy senyum lebar bace notes tu ^_________^


macam kenal la perkataan SOMEL tu.
tau dah sape punye keje.

trus meset SOMOT ni.
curious. bila mase plak somot ni wat kerja kan.
hehehe. somot mmg suke wat org senyum.
TQ somot :p

mula2 dia takmo ngaku. ngee.
die mmg noty.
die ckp i kelakor.
notes tu die letak mlm semalam.
time tu somot ade kt kedai kepunyaan

ayah die (kt bawah blog)
pagi gi kerja tak perasan pn notes tu.
pagi2 dh sebuk pikir hal kerja
petang tu baru perasan.. ngee.

ni la SOMOT sy. somot kn die :P


*notes tu mcm nk kena frame je. hihihihi :)


December 25, 2010

SAFIYYA @TV9 ^_*

Jangan lupa saksikan SAFIYYA, yang akan ke udara setiap Ahad, bermula 2 Jan 2011, jam 7 hingga 8 malam di TV9.

"Sebuah program majalah menarik terbaru turut diterbitkan dan diberi nama Safiyya. Hartina Ayu selaku penerbit program ini akan membawa penonton menyaksikan tips-tips serta fesyen muslimah terkini. Safiyya yang membawa maksud “sahabat baik” akan menemani penonton pada setiap Ahad pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam bermula 2 Januari 2011. Program Safiyya yang menampilkan isu-isu berkaitan wanita ini dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Norazrina Mohd Salleh (juara Gadis Melayu musim ketiga) dan Liyana Hisham. Safiyya mengetengahkan wanita moden yang aktif dan progresif tetapi masih menitikberatkan imej muslimah dan nilai-nilai keIslaman dalam diri. Dengan konsep pengacaraan yang lebih santai, program ini juga akan menyelitkan beberapa tips menarik seperti tips solekan, tips berpakaian dan sebagainya. Kepada mereka yang sukakan fesyen tetapi masih menerapkan nilai-nilai penutupan aurat, Safiyya adalah program yang sesuai"-TV9


ini dia pengacara s a f i y ya. best3.
comel kn diorg ^^


lagi cerita pasal rancangan ini boleh tengok sendiri kat blog rina ni. click SINI :)
teruja sgt tunggu rancangan yang macam ni. macam zaman2 i follow rancangan 3R.
syok tu! tp kalo nk tau, siaran tv9 tak dapat. tv tua. ohh tension oke! aku tak kira,
msti betolkn sampai dapat tv9. tgk kt inernet tak best. syok lg tgk kat tv. hihihi. selamat menonton oke!

December 24, 2010

MAXIS broadband :)










Semalam, aku dh bertukar ke maxis broadband. dulu guna celcom broadband. terasa sgt mahal. bulan2 bayar RM98. actually blh downgrad tp aku dh jatuh hati ngan maxis broadband ni. ngee. so semalam gak pegi celcom centre tok terminate celcom broadband. lega dah setel pasal broadband ni. sgt puas hati guna maxis. promotion untuk existing customer maxis, 3GB = RM48. tp tok pakej ni 5bulan pertama bayar RM38 je. rebet RM10. normal rate 1.5GB= RM48, 3GB = RM68. berbaloi rasanya. aku save sehingga 50% tok bil broadband ni. yeay! *_^ tp disebabkab aku belum setahun convert maxis postpaid, jadi aku tak layak dapat pakej tu. eee sedih!! nasib baik ade opizmate. hihi. register under name die tp seperate bill. ok kn? :) leh la senyum sket bila dgr. hhihi.)


oo lame dh aku guna celcom broadband ni. since 2008. patut memang dh boleh tukar. tp memandangkan moderm masa tu aku beli dgn RM 499, aku ingat nak downgrad pakej RM68 = 3GB.. wohooo. br terasa moderm tu mahalnya waktu aku beli dulu. skrg kebanyakan moderm free je. pastu size lebih kecik. tak mcm dulu. huhuhu. so mmg patut sangat dh tukar. maxis ni moderm free cuma bayar RM 100 tok registration fee. DONE!! saya dah jadi pengguna maxis broadband. selamat melayari internet. ngee~


comel kn. dulu punye beso dabak :p tak bez



"ko pakai tudung semalam ke?"

story ni pendek je. bukan nak kenakan sesape. saja nk cerita. nak cakap story ni aku rasa kelakar giler.

pagi tu pergi kerja macam biasa. rasanya dah dekat 2 bulan pakai uniform tudung yg company dh sediakn. on the way nak masuk opiz, terserempak dengan sorang staff ni. mmg jarang2 terserempak. selalu nampak muka tp ssh nk bertegur sape. saja tegur dia pagi tu. tanda hormat orang lebih tua. pagi lagi lagipun, mood aku masih ceria. then die pn senyum . lalu menegur, "ko pakai tudung semalam ke?" wohooo!! speechless 10 saat oke!! rasa mcm rosak sejekap mood keje pagi tu. tak masuk pintu opiz lg plak tu (sambil tersengih pikirkn diri mmg tersentak dengar soalan mcm tu). kadang ada je kn setengah orang cakap ikut sedap gusi. hahahha. aku bukan kesah pn. takde la nak amik hati ke apa. tapi rasa sangat kelakar. kalau dh 1 bumbung, tp tak tau tudung tu uniform yg aku memang kena pakai hari - hari, memang dah jadi kes serius. sabar je la. pagi tu gak aku kecoh 1 opiz. hahaha. meluahkan perasaan yang berkocak camuk dek soalan yang mcm tu. die tak tau tu uniform, takpa la kan. tp serang dengan soalan yang macam tu secara tiba2... uii.. terdiam oke.. ngee :p

antara sbb tulis cerita ni dekat blog:

*rasa sgt kelakar. nk korang gelak same. tu pn kalo korang gelak la. hahaha :p
* nk ingatkan diri sendiri, hati - hati bila berkata - kata.
* nak ingatkan diri juga, tak perlu la nk simpan dalam hati kalo rasa2 terkecik hati. (maafkan dalam hati) hihi


s e k i a n dari b i l i k berita :p


December 23, 2010

::: SangPelangi :::


aku sebenarnya bukan rajin sangat membaca.
tapi sedang cuba menanamkan minat membaca ^^.
ehee.. bacalah apa sahaja. tak kesah. asal kan membaca.
semoga dengan pembacaan, bertambah ilmu di dada.

membaca blog, membaca juga.
aku juga menulis di blog tp bukanlah blogger tegar rasanya :p
saja berkongsi cerita.
sehinggalah diri terpegun membaca sebuah blog, sangPelangi namanya.

hmm u all register oke. jadilah sahabat sangPelangi.
tak rugi apapun. pada aku blog ini sangat menarik dan patut dikongsikan.
kata-katanya penuh makna. memang seorang penulis hebat. hihi.
antara caritanya yang aku sangat suka bilakah waktu jujur yang paling jujur??

yang lain, boleh intai disini SangPelangi :)




December 6, 2010

kena saman polis..

ohh.. naik2 kereta je nmpak ada kertas terselit kt wiper. "akak tlg amek kertas kt wiper tu." i relex je. tau dh msti surat saman. hahaha. ape dah. . . mmg nasib la kena saman mase tu. ni gara2 nk pi tgk kain kt jakel. ngee. time nk park punye la penuh. time dh balik byk lak parking kosong. adoyai. kena saman sbb meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki dr simpang @ selekoh. ada plak polis raun2 time weekend ni kan.

blurr sekejap mase tgk surat saman tu. pikir2 brapa hengget saman ni? nk bayar kat mane? adoi takde mase la nk gi byr.. pastu nmpak sorang mamat polis ni. mesti die yg saman kereta aku. i terus turunkan cermin tingkap "Encik, tumpang tanye.. ni brape kena bayar? nk bayar kat mane? ade diskaun tak?" huhu.

saman RM 30 jek. mak ai. RM 30. mmg la tutup mata jek byr. i pikir nk gi byr tu yg berat tu. takde mase oke! ceh mcm bz sgt jek. huhu. beli kain kt jakel masa tu baru RM12. hahaha. kan dh. lg mahal byr saman dr beli kain pulak tu. uii.. tension2. hihihi.

ohh ghupe nye, adik i pn kena saman. saman sbb gune handphone time drive. alahai. Rm30 blh la pejam mata. ni kena RM300... pejam mata pn, rase sakit dada oke! ngee :p tak pasal2.. abah call.. hihihi. oke, kena bebel. yeah!! huhuhu.

December 5, 2010

bE a fOrgIvE peRsON (^__^)

Forgiveness happens when someone says sorry to you for him or her mistakes and you forgive he or she. In certain times and certain people, forgiveness is too hard to say. Maybe it is because of individual egoistic or big mistake that really hurt our heart. But bear in your mind, doing mistakes is beyond our control. We are always tried to do our best, right. Human only plan but only He decide. So, please be a forgive person. If today you forgive someone, maybe tomorrow or someday when you have done something wrong or any mistake to someone, insyaAllah you will be forgiven. Believe me; what you give today you will get back. But, it doesn’t mean that when you are forgiven, you are freely to do the same mistake again. If in love we need to express our love before it is too late, same as forgiveness, forgive someone before it is too late. It is better for you to feel the pain to forgive someone rather than you feel the pain when you could not have any opportunity to forgive because we cannot predict what will happen next. So, be a forgive person and insyaAllah you will be blessed.

^^^short sTorY wiF a beaUtiFul meSsage^^^


Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
“Sweetheart, please hold my hand so that you don’t fall into the river.”
The little girl said, “No, Dad. You hold my hand.”
“What’s the difference?” Asked the puzzled father.
“There’s a big difference,” replied the little girl.

“If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go.


In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours…
This message is too short……but carries a lot of Feelings~

Azan Subuh~



Selamat pagi. Awal sgt bangun harini. lebih kurang 5.40pg. padahal hari ni hari ahad, tak kerja. mlm td pn bkn tido awal sgt, jam 12 lebih gak baru tido. . . alarm kt hp set kol 6 pg. Biasanya bangun pn dlm 6.15- 6.30. syuruk pn skrg awal. lambat sket aku dh subuh gajah lak nt. pagi ni terbangun bila kedengaran azan subuh. Sayu nye azan subuh pagi ni. buat aku trus tak sambung tido lagi.


oh ye, mesti ada sesuatu yg buat aku terbangun & trus tak blh tido lg. apakah itu? tp mengapa? kadang2 aku sendiri tak pasti. keliru sendiri. tp yg boleh aku ucapkan hanyalah SYUKUR. Sesugguhnya Dia Maha Mengetahui. Harapan aku semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ni. InsyaAllah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Fathir ayat 15, maksudnya...

"Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"




" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari kesedihan & dukacita,
sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pemelihara"


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya...

"Doa itu senjata bagi orang Mukmin"


December 2, 2010

MAKNA - Majlis Kanser Nasional

haluu~ hari2 ade monink briefing. hihi. biase la. talk bout Q - time, sales, marketing, branch performance n mcm2 lg. cewahhh. bkn aku pn yg bg briefing. takat pasang telinga jek. hihi. tp pagi ni lain sikit. its good for me & semua. wakil from MAKNA dtg bagi talk pasal kanser. Sebelum ni mmg penah dgr pasal MAKNA. tp tak tau sgt pn pasal MAKNA ni kan. nmpak sgt la malas nk membaca. ape lg nk amek tau. huhu. mungkin pd yg "related" ngan kanser ni, mereka akan menghargai sesangat MAKNA ni. . . . .

Bagus gak ade talk mcm ni kt company. At least, tak byk pn, sikit2 tu memberi kesedaran. betapa penting nya menjaga kesihatan dan membantu mereka yg memerlukan. MAKNA ni is a not-for-profit social enterprise. Melalui sumbangan masyarakat, MAKNA akan membantu pesakit - pesakit kanser untuk menerima bantuan kos rawatan penyakit kanser berkenaan kerana kos rawatan nya sgt mahal. Masyarakat boleh membuat pendermaan sebanyak RM38 @ RM58 setiap bulan kepada organisasi ni bg membantu mengurangkan beban kos rawatan pesakit kanser. ohh niat di hati nk jugak menderma. . . semoga sampai la niat tu nanti ye. InsyaAllah.

Bila dgr pasal kanser. . . ngerikan. nauzubillah. Syukur dikurniakan kesihatan tubuh badan. cerita pasal info yg i dpt kt talk tu, lebih 200 jenis kanser yg boleh terkena dekat tubuh badan kita. Especially wanita, pembunuh utama ialah breast cencer. Cuma 3 tempat je yg tak akan kena kanser iaitu kuku, gigi dan rambut. Punca kanser ialah pemakanan, genetik dan stress. mak ai. baru tau kn u all. stress leh menyebabkan kan kanser. huhu. mane ade org tak pernah stress kn. So try la elak or atasi stress tu sebaik mungkin. Senyum2lah selalu @ bersukan @ pergi bercuti untuk elak stress. crita pasal makan pulak, boleh dikatakan semua mcm dh tak selamat untuk dimakan. mana tak nya, ayam pn kena injection. sayur2 plak di sembuh racun. sbb tu tgk sayur segar jek kn kt pasar tu. sayur segar pn ulat takot nk makan. pilih sayur ada ulat sket pn takpe. eiii mcm geli kan tgk ade ulat. haha. tak de la sampai kena pilih yg ade ulat kn. agak2 sayur tu berlubang, tau la sayur tu di makan ulat. hihi. Amalkan minum air masak sebelum gosok gigi. Brokoli pn sgt bagus. Tapi mahal kan brokoli. haha. Oke, pendek cerita, soal makan mmg kena jaga. . . .

Selain tu, bagus gak kalo dpt buat full medical check up. At least sekali setahun. Setakat ni tak penah lagi buat. Nak gak buat, tp kos mcm mahal jek. hihi. . . hm talk tu sekejap jek. rasanya kalo duduk sehari mmg tak abes crita lg. sekian~

***maklumat lanjut pasal MAKNA clik sini :)